ANUGERAH YANG TAK TERNILAI HARGANYA…


Anak…

Anugerah Allah yang tidak ternilai harganya…mengapa??? Kerana anak merupakan amanah Allah kepada kedua ibu bapa. Bayangkanlah kehidupan sepasang suami isteri jika tiada anak? Pasti hambar bukan??? Kehadiran si anak merupakan hasil cinta suci kedua orang tuanya. Kehadirannya juga sangat dinantikan oleh orang tuanya dan juga penyeri rumahtangga.


Anak…

Penyambung zuriat kedua ibu bapanya. Anak juga merupakan permata hati, pengarang jantung ibu bapanya. yang pastinya, kelahiran setiap anak akan memberi kebahagiaan yang tak ternilai. Kehadirannya pasti ditunggu-tunggu oleh pasangan suami isteri.

Namun begitu…
Mengapa kini isu pembuangan bayi, kes dera anak, rogol, liwat makin menjadi2 dalam kalangan masyarakat?? Apakah mereka tidak lagi menyayangi anak pemberian Allah ini??? Tidak kasihankah mereka pada anak-anak yang tidak berdosa ini??? Mana perginya sifat penyayang dalam diri mereka???


Baru-baru ini, penulis membaca berita dalam akhbar Harian Metro, seorang kanak-kanak berumur tiga tahun telah didera, dirogol dan diliwat sehingga anak tersebut menemui ajalnya oleh teman lelaki ibunya. Sungguh penulis berasa simpati atas nasib kanak-kanak tersebut. Betapa kejamnya lelaki tersebut. Lagi-lagi ibu mangsa yang membiarkan anaknya didera lelaki tersebut…penulis tersangat hairan dengan ibu mangsa yang membiarkan perkara tersebut berlaku.
Biarpun penulis belum lagi bergelar seorang ibu [insyaAllah satu hari nanti (",)], tapi penulis dapat merasakan feel seorang ibu yang sangat kasihi anak-anak. Ini disebabkan kehidupan penulis yang sering dikelilingi adik-adik penulis yang masih kecil. Betapa sayangnya dengan anak-anak kecil tersebut.




Tapi, sayang sungguh..jikalaulah masyarakat sekarang ni pun masih mempunyai sifat penyayang seperti ini, sudah tentu kes pembuangan bayi, kes dera dan sebagainya tidak berlaku…

p/s: penulis bukan riak ye (^_^) juz buat contoh je..hehe

Tarian Poco-Poco

Tahukah Anda????
Beberapa minggu yang lalu penulis mendapat emel dari seorang sahabat berkenaan tarian poco-poco. Berikut merupakan maklumat yang penulis dapat tetapi telah penulis ubah sedikit ayatnya agar lebih mudah untuk difahami...
Tarian poco-poco yang sering ditarikan oleh pelbagai lapisan masyarakat terutamanya masyarakat kita yang kebanyakannya beragama Islam. Sebenarnya tarian ini berasal dari Filipina dan bukannya daripada Indonesia seperti yang diwar-warkan. Tarian ini ditarikan oleh masyarakat yang beragama Kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Mungkin kebanyakan dari kita tidak perasan bahawa pergerakan tarian tersebut sebenarnya berbentuk salib kerana kita suka mengikut-ikut sesuatu yg baru tanpa usul periksa.
Lihatlah sahabat-sahabat...
Inilah cara musuh-musuh Islam mengenakan kita dengan menggunakan cara halus. Sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yang telah difatwakan haram kerana menyerupai agama budhha. Cuma tarian poco-poco ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan.

Peringatan Buatmu yang Bergelar Muslimat...


Peringatan Buat Saudariku......

Saudariku.....

Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasai taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum bunga , harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu

namun......
tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang lantaran duri yang memagari dirinya umpama mawar, dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta kilauan warnanya yang memancar indah mengundang kekaguman terhadap sang kumbang tapi....awas duri yang melingkari bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya......

Saudariku.....

Aku suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahidah. Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah. Hiasilah wajah mu dengan titisan wudhuk. Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya. Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah. Umpama sebutir permata yang didedahkan buat perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup. Sudah pastinya keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah, wanita solehah yang taat dan patuh pada Al Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam...

Namun...

ianya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu lebih-lebih lagi title gadis yang kau miliki sudah pastinya darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada.

Namun ingatlah saudariku....
Sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah akan memudahkan baginya jalan-jalan ke arah itu, yang penting gadisku engkau mesti punyai azam, usaha dan istiqomah...

Saudariku.....
Akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki. Seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentingimu. Sesungguhnya nabi ada mengatakan tentang bahaya dirimu " Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca daripada wanita." Oleh itu saudariku setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan kepada Al Quran dan As Sunnah, jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu. Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam. Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bisa menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut tangan mu.....

Saudariku...

Dalam hidupmu pastinya ingin disayangi dan menyayangi, itulah fitrah semulajadi setiap insani namun ramai diantara kamu yang tewas kerana cinta. Bercinta itu tidak salah tapi memuja cinta itu yang salah, kerana cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah tergadai. Gejala murtad serta keruntuhan moral muda mudi sebahagian besarnya kerana sebuah cinta. Benarlah sabda Rasulullah SAW "Sesungguhnya cinta itu buta" cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang hak dan yang batil apabila kau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan tidak kerana Allah SWT. Sebelum kau mendekati cinta , cintailah dirimu terlebih dahulu, mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik, yang berasal daripada setitis air yang tak berharga lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah. Semoga di sana mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadapNya dan timbul rasa cinta dan kasih pada penciptamu...

Saudariku...

Mencintai Allah dan rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak dan terburai tapi apabila hatimu diserah kepada Allah sudah pasti ia akan bertaut kembali. Dalam seusia mu sibukkan lah dirimu dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal dan mampu membina sahsiah muslimahmu. Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan ilmu tidak mampu bertapak dalam hati orang yang melakukan maksiat. Buat akhirnya terimalah kata-kata seorang ahli sufi iaitu Rabiatul Adawiah sebagai renungan bersama : "Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagian yang abadi untuk seseorang insan , kerana ia tidak kekal , cintakan manusia seringkali membuatkan seorang itu gagal , kecewa ,menderita dan terseksa, oleh itu tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia sendiri."





"ANTARA TANDA KEBERKATAN SESEORANG WANITA ITU, IALAH CEPAT PERKAHWINANNYA, CEPAT PULA KEHAMILANNYA DAN RINGAN PULA MAHARNYA......"

Istimewa Sempena Exam...



CORETAN UNTUKMU...

TAHNIAH DI ATAS KEJAYAANMU…

Khas untuk kakakku NURHASHIELA BT ABDUL RAHMAN (KAK IELA)…


Ema ngan Kak Iela




Pada 12 OKTOBER 2009 iaitu bersamaan hari Isnin lalu kau telah pun bergelar sebagai GRADUAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH. Walaupun adindamu ini tidak dapat bersama-samamu berkongsi kebahagiaan serta hari yang sangat bersejarah bagimu ini kernaku kini berada dibumi perantauan lagi, namunku tetap tumpang gembira kerna kau telah berjaya mendapatkannya. InsyaAllah tahun depan, adikmu ini pula yang akan menyusul untuk merebut segulung ijazah sepertimu…

Tahniah juga kerna kau telah berjaya memberi kebahagiaan yang tak terhingga kepada Mama dan Papa. Tak sia-sia segala pengorbanan Mama n Papa terhadapmu. Segala penat lelah mereka telah terbalas dengan kejayaanmu ini. Adikmu ini juga ingin sepertimu…ingin melihat Mama n Papa tersenyum bahagia melihat kejayaan anak-anaknya. Doakan adik2mu, Yen, Akiem n Ema moga menjadi sepertimu ya…

Walau bagaimanapun, janganlah pulak engkau berasa puas hati dengan segulung ijazah itu mampu membalas segala pengorbanan Mama n Papa, tetapi mulakanlah tanggungjawabmu untuk menyara mereka pulak. Kalau boleh, sara juga adikmu ini..hehe…Apa yang penting, teruskanlah tanggungjawabmu untuk membahagiakan mereka….

Apa-apapun, akhir kata dari adikmu ini, ku doakan semoga engkau akan terus sukses dalam bidang pekerjaan tidak lama lagi. Ingatlah dunia pekerjaan tidak sama dengan dunia semasa bergelar mahasiswi…terlalu banyak dugaan dan cabaran yang perlu kau hadapi. Dan kuharap moga kau diberi kekuatan iman untuk menghadapi semua itu…

Tahniah kak…

Dari adikmu,
Nursharinni Abdul Rahman

SURAT UNTUK KEKASIH...

Kehadapan kekasihku yang kucintai dan kurindui…
Salam sayang dan kasih dariku…

Ku mohon keampunan daripadaMu kerana selalu sahaja mengabaikanMu. Bukanku sengaja melakukannya namun, kekangan demi kekangan menyebabkanku selalu sahaja mengabaikanMu. Betapa berdosanya diri ini kepadaMu…

Duhai Kekasihku,

Aku tahu bahawa kasihMu kepadaku takkan pernah hilang malah Engkau lebih menyayangiku daripada aku menyayangiMu. Kau selalu beri peringatan supaya selalu mengingatiMu, menyayangiMu, mencintaiMu, mentaatiMu malah jangan pernah meninggalkanMu walau sesaat. Namun, aku sebagai seorang manusia biasa, selalu sahaja mengingkari janji yang telah pernah kubuat khusus untukMu. Betapa zalimnya aku kepadaMu.

Duhai kekasihku,

Aku tahu, walau sejahat manapun aku kepadaMu, Kau tetap memaafkanku. Aku juga tahu, walau aku selalu melakukan sesuatu yang tidak Kau suka, Kau akan selalu memaafkanku…Maafkanlah diriku ini wahai Kekasihku. Bukan niatku untuk melakukan itu semua. Mungkin kecintaanku kepadaMu tidak cukup kuat sehingga sanggup mendahulukan perkara lain berbanding diriMu. Terkadang, aku menangisi segala yang telah aku lakukan kepadaMu namu, setelah itu, aku mengulangi lagi kesilapanku itu. Sungguh, bukan niatku untuk melakukan itu semua kepadaMu. Maafkanlah diriku ini…

Oleh yang demikian Wahai Kekasihku,

Aku mohon, Kau peliharalah diriku ini. Aku mohon Kau izinkanlah aku hidup dalam kecintaanku kepadaMu. Biarkanlah aku hanya kemaruk untuk mendapatkan cintaMu. Dan yang paling penting, janganlah Engkau sekali-kali meninggalkanku. TanpaMu, aku takkan boleh hidup dengan bahagia.

Wahai kekasihku, ampunkanlah diriku ini…

…DARIKU UNTUKMU…
~ PENGEMIS CINTA ILLAHI~

"MUHASABAH DIRI"


Kadang-kadang kita rasa kita dah buat yang terbaik dari orang lain sehinggakan kita merasakan “Akulah yang terhebat” sedangkan kita tak tahu bahawa ada orang yang lebih baik dari kita…

Kadang-kadang kita rasa kita nie buzy sgt mcm mengalahkan PM plak sedangkan kita tak tau org lain pun mcm kita gak malah mungkin lebih bz dr kita…

Kadang-kadang kita rasa kita nie sangat komited dgn kerja kita malah mungkin ter’over’ plak buat kerja, sedangkan kita xtau sebenarnya orang lain pun buat kerja gak..komited gak cuma kite je yg tak nampak…

Kadang-kadang kita rasa klu kita nie lebih tua dari orang lain malah lebih berpengalaman dari orang lain kitalah yang paling bagus sekali hingga tak perlu nak dengar pendapat yang lebih muda dari kita sedangkan kita tak tahu mungkin orang yang lebih muda dari kita tu lagi bagus dari kita…

Kadang-kadang kita rasa pendapat kita sangat bernas tapi kita tak tau sebenarnya pendapat orang lain lagi bernas dari kita…

Kadang-kadang kita rasa kita kita dah lebih bijak dari orang lain sedangkan kita tak tau rupa-rupanya ada lagi yang lebih bijak dari kita…

SEDARLAH WAHAI DIRI…

Setiap manusia itu mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Cuma kadang-kadang kita je yang tak nampak KELEBIHAN seseorang tu dan kita tak nampak KEKURANGAN diri kita..sebab itu kita perlu muhasabah diri kita…

Betulkah persepsi kita tentang orang lain tu??? Salahkah dia??? Betul kah kita??? Janganlah kita menilai seseorang berdasarkan apa yang sekadar kita lihat…seperti kata pepatah Inggeris “don’t judge the book by it’s cover”. Cubalah kita memahami seseorang sebelum kita menilai dirinya. Sebagai mana seorang hakim perlu mengkaji sedalam-dalamnya seseorang tertuduh sebelum memberi hukuman.

Koreksi balik diri kita apakah benar kita melakukan sesuatu itu dengan seikhlas hati kita? Jika benar kita ikhlas, rasanya mmg takkan ada masalah dalam melakukan sesuatu gerak kerja apatah lagi jika dalam melakukan gerak kerja Islam…jika kita IKHLASKAN DIRI KITA HANYA KERANA ALLAH, biarlah orang lain tak nampak apa yang kita buat janji Allah tahu apa yang kita buat, biarlah apa orang nak kata janji kita tau apa yang kita buat itu tak bertentangan dgn syariat, biarlah orang lain tak buat janji kita buat,dan yang paling PENTING tak perlulah kita MENGUNGKIT apa yang dah kita buat…selagi kita mampu buat..buatlah...
Kita tak perlukan pujian dari orang lain, kita tak perlukan sama ada orang tau atau tidak apa yang kita dah buat…JANJI ALLAH TAHU APA YANG KITA DAH BUAT

Oleh yang demikian, sahabat-sahabatku…
Ikhlaskanlah diri kita dalam melakukan sebarang gerak kerja. Jalankan amanah sebaik mungkin. Ingatlah Islam memang tak perlukan kita untuk menangkan ‘dia’ tapi kitalah yang memerlukan Islam dalam kehidupan kita. Sebab itulah, kita perlu rasakan bahawa sudah menjadi tanggungjawab kita untuk memperjuangkan ‘dia’ sehingga Islam benar-benar tertegak…

Wallahua’lam….

Today is....

DEMI MASA !!!

JUMLAH PELAWAT

Kata-Kata Mutiara

"WANITA yang ASLI ialah seorang wanita yang diibaratkan sebagai permata nilam yang sukar ditemui ketika ini,walau diselam ke dasar lautan,walau terbang ke pelosok awan,namun hasilnya akan memberikan gambaran bahawa nilai permata itu sukar ditemui.."

"Pemimpin tidak boleh dicetak, pemimpin tidak lahir di bilik kuliah, tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas kancah, muncul di tengah-tengah masalah, menonjol dalam kalangan rakan seangkatan lalu diterima dan didokong umat" -Muhammad Natsir-

Dunia ini ibarat pentas lakonan,
Manusialah sebagai pelakon dan pengarah utamanya,
Al-Quran dan As-Sunnah itulah skripnya,
Malaikat itulah jurugambarnya,
Islam itulah jalan ceritanya,
Kiamat adalah akhir kesudahan penggambarannya,
Padang Mahsyar tempat penganugerahnnya,
Rasulullah s.a.w adalah pelakon terbaiknya,
Allah s.w.t adalah jurinya,
Syurga atau nerakalah trofi-trofinya

~Ust. Akil Hayy~

Laman Informasi

MARSIS

REAL

REAL

Universiti Malaya

Pro Mahasiswa UM

Akademi Pengajian Melayu

Siapa Saya

Foto saya
Tawau, Sabah Negeri di Bawah Bayu
Penulis memulakan pengajian di SK St Patrick, Tawau. Kemudian menyambung pengajian di SMK Kuhara, Tawau dan seterusnya melanjutkan pengajian di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Penulis ialah mahasiswi dalam Jabatan Sosio Budaya dan Bahasa Melayu dan bercita-cita untuk menjadi seorang pejuang Islam yang tegar sekalipun penulis bukanlah dari latar belakang aliran agama.

jom sembang sat...


ShoutMix chat widget

Hidup Mahasiswa!!!

Hidup Mahasiswa!!!

pengikut