Semalam, sebelum tidur saya teringat sebuah cerita dan terdetik di hati saya untuk berkongsi bersama. Tapi cerita ini, tidak usahlah ditanya sama ada cerita sebenar ataupun tidak. Cukup sekiranya ianya membawa manfaat kepada semua lebih-lebih kepada mereka yang tengah asyik-masyuk bercinta. Saya tahu saya bukanlah orang yang arif untuk mempersoalkan hal ini. Tapi, atas dasar kesedaran pada diri, ingin saya kongsikan bersama kalian.
Seorang anak dengan nada merayu meminta izin daripada emaknya untuk keluar bersama teman wanitanya…
Anak : Mak, boleh tak kalau saya pergi keluar dengan makwe saya? Ala, saya tak buat papepun dengan dia. Kami hanya keluar untuk jumpa sat. Rindulah dengan dia mak…lepas je kami melepas rindu, kami baliklah.
Mak menjawab dengan penuh kasih sayang…
Mak : Nak jumpa makwe ye..mak boleh bagi izin. Pergilah…buatlah papepun dengan dia. Tapi dengan satu syarat.
Si anak dengan penuh ceria dan gembira bertanya dengan maknya.
Anak : Apa syaratnya, mak?
Mak dengan penuh tegasnya pula menjawab…
Mak : Mak tak kisah kamu nak buat apa dengan dia, kamu buatlah dan di mana kamu nak jumpa dia, pergilah. Hanya satu syarat je mak nak kamu buat. Pergilah tempat di mana Allah tidak nampak apa yang kamu buat.
Anak : ?????????????????????????
Pada hari yang lain pula…..
Si anak meminta izin dengan maknya untuk menelefon teman wanitanya..
Pada hari yang lain pula…..
Si anak meminta izin dengan maknya untuk menelefon teman wanitanya..
Anak : Mak, boleh tak kalau saya menelefon makwe saya? Ala…mak, bukannya kami berjumpa pun. Kami hanya bercakap melalui telefon je. Sudah tentu kami tak boleh nak buat pape kan…(nada memujuk). Rindu giler ar dengan dia mak. Dahlah tak dapat nak jumpa, dengar suara pun jadilah mak. Boleh ye mak…?
Mak : hrm…yang nie mak bleh benarkan. Nak cakap papepun cakaplah. Nak bual lama-lama pun mak tak kisah. Tapi dengan satu syarat.
Anak : (Dengan tersenyum manis) Apa dia mak?
Mak : Mak izinkan kamu untuk “bergayut” dengan dia. Tapi dengan syarat, kamu bercakaplah dengan dia dengan nada yang paling perlahan sehingga Allah tak dapat nak dengar apa yang kamu bualkan dengan dia. Mak tak kisah kamu nak bual panjang hingga ke pagi ke, nak bual papepun mak takkan kisah.
Moral of the story….
Moral of the story….
Bercinta itu tak salah. Tapi yang salah apabila orang yang tengah bercinta itu menyalahgunakan cinta demi perkara yang tidak halal. Rasa ingin
disayangi dan menyayangi itu merupakan satu fitrah yang perlu dikawal dan bukan untuk dihalang rasa tersebut. Allah telah jadikan rasa cinta itu satu fitrah, sudah tentu Allah juga menyediakan peraturan bagaimana untuk melahirkan rasa cinta tersebut.

Kebanyakan masyarakat khususnya golongan muda selalu
berprasangka bahawa cinta berlandaskan syariat merupakan cinta yang ketinggalan zaman dan akan mengongkong diri. Benarkah begitu??? Analoginya begini, lampu isyarat diwujudkan bukanlah sebagai sekatan untuk pengguna dijalan raya tetapi, lampu isyarat diwujudkan bagi mengawal keadaan lalu lintas bagi mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini. Begitu juga halnya dengan cinta. Allah menyediakan peraturan bukan untuk menyekat keinginan fitrah tersebut tetapi Allah menyediakan peraturan bagi mengawal manusia daripada ‘terbabas’.

Oleh yang demikian, sama-samalah kita berfikir baik buruk dalam menzahirkan rasa cinta tersebut. Bagi mereka yang tengah bercinta kawallah perasaan tersebut sehingga ijab kabul menjadi saksi di antara kalian. Andai pernah tersasar, ingatlah bahawa Allah sentiasa melihat apa yang kita lakukan..DEPAN KITA ADA ALLAH!!!