Kisah Jumpa Rasulullah...

Assalamualaikum...ana copy dari blog ust syukri harun. syukur ALLAH temukan dengan pengalaman ukhti syamimi ini...Astaghfirullah. Mari kita muhasabah bersama sebelum terlambat.syukran jazylan.
Assalamualaikum
Di bawah ini satu article yg amat mengharukan jiwa, salah seorang rakan saya yang juga ahli lembaga pengarah sekolah ilmi telah mengirimkannya kepada saya. Bila membacanya, terasa juga akan keindahan kisahnya, mungkin ia lebih berkesan lagi, kalau dipanjangkan kepada rakan-rakan melalui blog saya ini. Semoga penulis article dan juga teman yang terlibat dengan kisah ini, memberikan saya keizinan menerbitkannya.
Dgn Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha MengasihaniYaAllah, lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg di pilih Allah utk berjumpa Nabi SallaLahu'alaihiwas allam melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427 H bersamaan 10 August, 2006.
Nama yg dipilih oleh ayah beliau Syamimi yg bermaksud 'kesayanganku' , gelar Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah-mudahan suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah SallaLahu'alaihiwas allam. AlhamduliLlah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.
AlhamduliLlah, Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas di dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk habis menghafal 30 juzuk KalamuLlah ketika di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah beliau yang mengharapkan ada di kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik-adik, SubhanaLlah. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya di sana . Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ana InsyaAllah.
Akak ni memang di uji dengan sakit yg tak tau apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti di tikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sudah sakit d bahagian lutut sejak 8 tahun lalu yg x pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tau. Dh lama dia tak daya ke kelas sebab sakitnya membuatkan dia tak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga susut badannya hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu di jaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.
Hari-hari yang di laluinya beliau penuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus-terusan menyakitinya. Diceritakan makhluk-makhluk tu akan mengganggunya terutama waktu sebelum subuh, waktu zuhur dan waktu maghrib. Beliau dah banyak berubat di merata tempat, di negeri kelahirannya, berjumpa doktor-doktor pakar, dengan ulama' yg faqih dalam ilmu perubatan islam sendiri dan akhir sekali dengan sorang lecturer di sini tapi beliau hanya mampu bertahan. Ustaz pesan, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.
Pagi khamis tu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab dah lama tak mampu ke kelas. Beliau bangun kira-kira jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg di gagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu' dgn memapah dinding dan apa yg mampu membantu beliau berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Masa tu beliau dh tak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja d bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di bahagian depan bilik. Waktu tu, di sebabkan sakit yg mungkin dah tak tanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd RasuluLlah SallaLlahu'alaihiwa sallam sendiri".
Kemudian beliau pengsan. Sahabat-sahabat sebilik mengangkat beliau ke dalam bilik dan di baringkan di sana . Waktu tu, sahabat-sahabat dah forward message pd kawan-kawan yg lain agar bacakan surah Yasin sbb beliau dah nampak nazak. Semua dah sedia dgn nombor-nombor ahli keluarga beliau utk di hubungi kiranya apa-apa berlaku dengan izin Allah. Kira-kira jam 11 pagi, beliau tidur dgn tenang dalam waktu qoilulah, dalam tidur beliau, beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya di qiam seperti dalam solat di tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.
Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira-kira 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah, indah sekali, tak dapat nak di gambarkan. Beliau tertanya-tanya, siapa orang ni, cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Di rasakan seluruh kesengsaraan yg di tanggung selama ini lenyap begitu saja. Kemudian, HambaAllah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, Ana RasuluLlah". SubhanaLlah, baginda Nabi rupanya. Nabi memakai jubah putih dan kain serban Nabi berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi" , -'sekarang enti(kamu) berada di masjidku, Masjid Nabawi'-. Allahuakbar.
Kemudian Baginda Nabi SallaLahu'alaihiwas allam berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama' assobirin" , - sungguhnya Allah bersama orang-orang yg sabar'. Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan KalamuLlah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh 'alam. SememangNya Baginda sebaik-baik kejadian dan di ciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (in lughatul 'arabiyah, tp kami terjemahkan) , "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati enti, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana" . Ketika Nabi sebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya 'Ya Allah, Baginda kenal ummat Baginda'. Ya RasuluLlah.. . Waktu tu, di rasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.
Kemudian Nabi katakan, "Sampaikan salamku buat sahabat-sahabat seperjuangan Islam, insyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti" . Lepas tu Nabi kita lafazkan, "Ummati.., ummati.., ummati..." , dan beliau nampak Nabi menangis dan beberapa titisan airmata Nabi yg suci mengalir utk ummat Baginda. Kemudian Baginda Nabi pergi. Beliau merintih, "Jgn pergi Ya RasuluLlah" , tp Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabikita yg mulia, Baginda kenal kita dan sentiasa ingat akan ummat Baginda. Beliau katakan tak pasti, apakah baginda menangis kerana rindu kepada ummat baginda, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini atau...xtaulah, waLlahua'lam...
Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya, beliau d kelilingi oleh kawan-kawan yg terdengar rintihan beliau dalam tidurnya "Jgn pergi Ya RasuluLlah.. ." . kemudian beliau pun menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam RasuluLlah buat ummat Baginda, salam dari Nabi sallaLahu'alaihiwas allam. Semua menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang-jarang ingat pada Baginda sedang kita amat terhutang budi pada baginda Nabi. Lebih-lebih lagi kita sedar bahawa syafaat Baginda yg akan kita kejar di akhirat kelak.
Ya Allah, waktu tu, takde kata yg lebih tinggi drpd kalimah AlhamduliLlah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan-insan yg lebih berat di uji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Ketika itu rasa sakit masih menular d tubuhnya Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.
Kemudian usai solat Zuhur, rasa sakit yg beliau tanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa di tikam pada setiap penjuru tubuhnya. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. 'Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ni berbanding nikmat yg Allah dah bagi utk melihat Baginda Nabi SallaLlahu'alaihiwa sallam'.
Kemudian beliau tidur dan terus beliau rasakan berada d tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan "Ya Allah, apa lagi yg nk Engkau bagi buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dgn-Mu Ya Allah..." . kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan, "Assalamu'alaikum Ya Syamimi, RasuluLlah SallaLahu'alaihiwas sallam sampaikan salam buatmu. Kami utusan RasuluLlah SAW. "Nahnu khulafa' ar-rasyidin" . Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali ". SubhanaLlah, Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga-tiga sahabatnya yg mulia.Beliau nampak, Saidina Abu Bakr, amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah ketegasan, Saidina Uthman memang cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya.Para Sahabat mengatakan "Kami di utuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti." . kemudian keempat-empat sahabat nabi membacakan ayat 102 drpd surah Al-Baqarah yg bermaksud:
" Dan mereka mengikuti apa yg di baca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ' sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir'. Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu)apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu".
Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk-makhluk yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. SubhanaLlah, waktu itu terasa seolah-olah tubuhnya yg sakit dahulu di tukarkan Allah dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg dah lebih setahun di tanggung beliau dgn sabar. Kemudian Saidina Abu Bakr mengatakan, "Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar" . Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi.
Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus bangun duduk. Kawan-kawan sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun utk duduk dgn mudah . Kemudian sahabat-sahabat sebilik menyuruh beliau bangun berdiri dan AlhamduliLlah dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh" . Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah Subhanahuata' ala. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat menjadi hamba-mu yg bersyukur atas ni'mat yang Engkau berikan" .
Beliau katakan pada kami, "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Nabi. Akak yang di beri rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengan Nabi. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tp menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita di atas muka bumi Allah ni, maka hidup mesti di teruskan. Sekarang ni hati akak tenang sangat.. Kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik-adik dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yg Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan; "tak rugi kita bersabar..."
Salam pokcik, kaifahal? Ana asif jiddan sbb lmbt send cita ni. Bukan apa, ana tunggu beberapa org sahabat edit. Bimbang ada yg ana tersalah faham sepanjang bersama k.syamimi. Supposely ana bg k.mimi sendiri baca blik, tp segan nk susahkan die. Lagipun ramai yg bertimpa2 pergi tny pengalamn die. Sebenarnya bnyak g kata-kata beliau x sempat ana nk sertakan kt cni. Ni je yg mampu ana usahakan. Kiranya ada apa2 khilaf berbanding drpd pengalaman sebenar beliau, ana mohon ampun pada Allah Subhanahuata' ala. Mudah2an ada manfaatnya pada kita semua, insyaAllah. Selamat menyuburkan cinta pd Nabi SAW buat ikhwah akhawat d bumi anbiya'. Ma'assalamah.
p/s : sy juz copy dr emel yg sy dpt drpd shbt sy..
mga2 kita mdpat iktibar dr pengalaman saudara kita nie..amiin

AIR MATA RASULULLAH S.A.W..


Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.


Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?''Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.


Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.


'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.


Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.


'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril.Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?''Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umatMuhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.


Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.'Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.


'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?'Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril.Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.


'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.'Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku''peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.


'Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.


'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku'Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi..


Betapa cintanya Rasulullah kepada kita...
Aku merinduimu, Ya Rasulullah.....


NB:Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesadaran untuk mengingat maut dan mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita.

Cinta oh Cinta...

Semalam, sebelum tidur saya teringat sebuah cerita dan terdetik di hati saya untuk berkongsi bersama. Tapi cerita ini, tidak usahlah ditanya sama ada cerita sebenar ataupun tidak. Cukup sekiranya ianya membawa manfaat kepada semua lebih-lebih kepada mereka yang tengah asyik-masyuk bercinta. Saya tahu saya bukanlah orang yang arif untuk mempersoalkan hal ini. Tapi, atas dasar kesedaran pada diri, ingin saya kongsikan bersama kalian.

Seorang anak dengan nada merayu meminta izin daripada emaknya untuk keluar bersama teman wanitanya…


Anak : Mak, boleh tak kalau saya pergi keluar dengan makwe saya? Ala, saya tak buat papepun dengan dia. Kami hanya keluar untuk jumpa sat. Rindulah dengan dia mak…lepas je kami melepas rindu, kami baliklah.

Mak menjawab dengan penuh kasih sayang…

Mak : Nak jumpa makwe ye..mak boleh bagi izin. Pergilah…buatlah papepun dengan dia. Tapi dengan satu syarat.

Si anak dengan penuh ceria dan gembira bertanya dengan maknya.

Anak : Apa syaratnya, mak?

Mak dengan penuh tegasnya pula menjawab…

Mak : Mak tak kisah kamu nak buat apa dengan dia, kamu buatlah dan di mana kamu nak jumpa dia, pergilah. Hanya satu syarat je mak nak kamu buat. Pergilah tempat di mana Allah tidak nampak apa yang kamu buat.

Anak : ?????????????????????????

Pada hari yang lain pula…..

Si anak meminta izin dengan maknya untuk menelefon teman wanitanya..

Anak : Mak, boleh tak kalau saya menelefon makwe saya? Ala…mak, bukannya kami berjumpa pun. Kami hanya bercakap melalui telefon je. Sudah tentu kami tak boleh nak buat pape kan…(nada memujuk). Rindu giler ar dengan dia mak. Dahlah tak dapat nak jumpa, dengar suara pun jadilah mak. Boleh ye mak…?

Mak : hrm…yang nie mak bleh benarkan. Nak cakap papepun cakaplah. Nak bual lama-lama pun mak tak kisah. Tapi dengan satu syarat.

Anak : (Dengan tersenyum manis) Apa dia mak?

Mak : Mak izinkan kamu untuk “bergayut” dengan dia. Tapi dengan syarat, kamu bercakaplah dengan dia dengan nada yang paling perlahan sehingga Allah tak dapat nak dengar apa yang kamu bualkan dengan dia. Mak tak kisah kamu nak bual panjang hingga ke pagi ke, nak bual papepun mak takkan kisah.

Moral of the story….

Bercinta itu tak salah. Tapi yang salah apabila orang yang tengah bercinta itu menyalahgunakan cinta demi perkara yang tidak halal. Rasa ingin disayangi dan menyayangi itu merupakan satu fitrah yang perlu dikawal dan bukan untuk dihalang rasa tersebut. Allah telah jadikan rasa cinta itu satu fitrah, sudah tentu Allah juga menyediakan peraturan bagaimana untuk melahirkan rasa cinta tersebut.


Kebanyakan masyarakat khususnya golongan muda selalu berprasangka bahawa cinta berlandaskan syariat merupakan cinta yang ketinggalan zaman dan akan mengongkong diri. Benarkah begitu??? Analoginya begini, lampu isyarat diwujudkan bukanlah sebagai sekatan untuk pengguna dijalan raya tetapi, lampu isyarat diwujudkan bagi mengawal keadaan lalu lintas bagi mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini. Begitu juga halnya dengan cinta. Allah menyediakan peraturan bukan untuk menyekat keinginan fitrah tersebut tetapi Allah menyediakan peraturan bagi mengawal manusia daripada ‘terbabas’.

Oleh yang demikian, sama-samalah kita berfikir baik buruk dalam menzahirkan rasa cinta tersebut. Bagi mereka yang tengah bercinta kawallah perasaan tersebut sehingga ijab kabul menjadi saksi di antara kalian. Andai pernah tersasar, ingatlah bahawa Allah sentiasa melihat apa yang kita lakukan..DEPAN KITA ADA ALLAH!!!

Mahasiswa 'tak matang' tempelak Menteri 'ego' - Malaysiakini

Jan 30, 10 2:49pm


Pengerusi pro-Mahasiswa (pro-M) Universiti Malaya (UM), Mohd Shafie Hashim menyelar kenyataan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin yang menyifatkan tindakan sekumpulan mahasiswa berdemonstrasi di hadapan pejabat Naib Canselor UM semalam selepas kalah pada pilihan raya kampus (PRK) sebagai tidak matang.

Shafie sebaliknya mendakwa kenyataan Khaled itu membuktikan bahawa Menteri itu bukan seorang pemimpin rakyat dan mempunyai ego serta tidak ada prikemanusiaan terhadap penindasan.

“Jika begitu, sebenarnya Dato Khaled juga tidak matang kerana mengeluarkan kenyataannya tanpa menyelami apa yang mahasiswa rasai,” katanya menerusi kenyataan akhbarnya hari ini.

Shafie berkata pro-M jelas dengan prinsip perjuangannya yang hanya mahu menegakkan keadilan dan menghancurkan kezaliman terhadap apa sahaja yang berlaku.

Salah tetap salah

“Pro-M tidak bias (berat sebelah) pada mana-mana pihak, yang salah tetap salah, yang benar tetap benar! Dalam konteks pilihan raya Kampus di UM kali ini, kita berhadapan dengan sistem E-voting yang masih baru dan diragui lagi ketelusan dan integriti yang tiada pada pengendalian dan pengurusan sistem berkenaan,” katanya.

Menurut Shafie lagi pro-M berhadapan dengan pentas perlawanan yang tidak adil sehingga berlaku banyak penindasan yang sangat teruk.

Katanyai, “menang kalah bukan ukuran, tetapi mahasiswa tegas dan tetap pendirian di atas perjuangan untuk mepertahankan kebenaran dan keadilan sehingga menumbangkan segala kezaliman dan penindasan.”


Pro-M tidak matang
Semalam, Bernama melaporkan Khaled sebagai berkata tindakan sekumpulan mahasiswa UM yang berdemonstrasi di hadapan pejabat Naib Canselor selepas kalah pada PRK Khamis lalu sebagai tidak matang.

Katanya, kumpulan Pro-M perlu menerima kekalahan dan menghormati pilihan majoriti kerana PRK merupakan suatu proses demokrasi.

"Kalau tak berani terima kekalahan, buat apa nak bertanding," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas tindakan penyokong kumpulan Pro-M yang berhimpun dan membantah keputusan PRK yang memihak kepada kumpulan Pro-Aspirasi.

Mengenai desakan Pro-M supaya PRK diadakan semula melalui kaedah biasa dan menghapuskan sistem e-undi, Khaled berkata permintaan itu tidak dapat diterima sekiranya isu yang dibangkitkan itu tidak berasas.

Bagaimanapun, katanya, naib canselor universiti berkenaan mempunyai kuasa untuk membuat keputusan.

Ditanya kemungkinan kumpulan pelajar terbabit dikenakan tindakan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, beliau berkata perkara itu terserah kepada pihak pentadbiran universiti itu untuk menentukannya.
Keputusan PRK digantung
Kekecohan memuncak selepas pengumuman PRK malam Khamis yang lalu dengan beberapa kumpulan pelajar mendakwa berlakunya penyelewengan.

Kekecohan berlarutan sehingga pagi semalam yang menyaksikan rundingan lebih empat jam terpaksa diadakan oleh pentadbiran UM yang diketuai oleh naib canselornya Gauth Jasmon dengan kumpulan pelajar.

Turut hadir bersama rundingan semalam ialah bekas presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) Mohd Ridzuan Mohammad.

Menurut beliau, bagi mengendurkan ketegangan naib canselor bersetuju menggantung buat sementara semua keputusan pilihan raya kampus UM sementara meninggu siasatan lanjut dijalankan.

Gauth juga dikatakan bersetuju membenarkan kumpulan pro-M untuk melantik perunding bagi menguji sistem e-undi yang didakwa mereka dimanipulasikan.
Keadaan di Universiti Malaya tegang

Sekiranya semua tuduhan berkenaan berasas, Ghauth bersetuju pilihan raya kampus harus diadakan semula.

Ghauth juga berjanji akan menyiasat dakwaan yang timbalan naib canselor, Azarae Idris menyalah-gunakan kedudukannya dan terbabit memanipulasikan pilihan raya itu.

Selepas pengumuman butiran perbincangan itu, kumpulan pro-M berarak ke Dewan Tunku canselor untuk meraikan keputusan berkenaan.

Mereka juga menghempas sebuah komputer sebagai melambangkan bantahan terhadap pengundian e-undi dan membawa komputer itu berarak di seluruh kampus.

Pada masa yang sama, mahasiswa berkenaan turut membakar akhbar Kosmo yang didakwa membuat laporan tidak tepat berhubung jumlah kerusi yang dimenangi mereka.

Sebelum ini, lebih 200 pelajar dari kumpulan pro-M yang tewas khamis lalu juga mengugut akan mengadakan demonstrasi jalanan jika tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Antara tuntutan awal mereka ialah supaya pilihan raya kampus diadakan semula dan pembatalan pengundian secara berkomputer atau e-undi.

Pada PRK itu, kumpulan pro-A berjaya menguasai Universiti Malaya dengan menyapu 21 kerusi berbanding 17 yang dimenangi oleh pro-M.

Tiga lagi kerusi dimenangi oleh calon bebas. Dua daripada calon itu kemudiannya menyatakan sokongan kepada kumpulan Aspirasi.

Hari Keluarga Balai Islam KK8

<<<---- Ahli Keluarga Balai Islam KK8 ---->>>



Pada hari Ahad lalu, Balai Islam KK8 telah menganjurkan satu program yang mengaitkan kesemua ahli Balai Islam KK8 yang dinamakan sebagai Hari Keluarga Balai Islam KK8. Hari Keluarga ini diadakan bagi merapatkan ukhwah di antara kami memandangkan pada semester ini akan diadakan banyak program yang akan dianjurkan oleh Balai Islam KK8. Antara aktiviti menarik yang dijalankan seperti memancing botol, mengambil gula-gula dalam tepung dengan menggunakan mulut, pijak belon dan yang paling best ialah kotak beracun. Hah..kotak beracun ini tiada siapa yang dapat mengelak. Semua orang pun kena.... (^_^) Inilah antara gambar-gambar yang sempat dirakamkan semasa aktiviti tersebut dijalankan...



Sesi taklimat - sebelum permainan dimulakan


<<<--acara pijak belon bagi muslimin












acara pijak belon bagi muslimat --->>



<<---antara mereka yang terkena kotak beracun (",)








memanggang sosej & burger sbg santapan --->>
Kump. 6 yang terhebat ;p



Acara makan-makan
Srikandi-Srikandi Balai Islam KK8
Wira-wira Balai Islam KK8













TAHUN BARU, SEMESTER BARU, AZAM BARU..SEMUA PUN BARU…HEHE

Assalamualaikum wbt….

Alhamdulillah, lama dah saya x menulis di blog nie..Yalah, masa di Sabah jarang sangat surf internet. Balik kampus je terus on9..hehe. Hmm, x rasa ya..pejam celik pejam celik dah masuk tahun 3 sem II plak 2. InsyaAllah, nielah tahun n sem terakhir saya di bumi kampus Universiti Malaya..huhu sedih gak..

Tapi xpela. Hidup kena diteruskan gak. Sem akhir nie, saya cuma ambil 14 jam kredit. Yalah, nak cover masa buat latihan ilmiah..huhu. Agak berat gak 2. Nak wat camna kan..2lah keputusan sy masa sem 1 lagi. Hidup perlukan cabaran. Betul x? klu x, hidup x berseri..hehe. Apapun kita kena sahut cabaran walaupun cabaran 2 kadang2 menguji kesabaran kita..itu barulah dikatakan kehidupan….

K lah, sampai sini dlu. insyaAllah klu ada kelapangan dan idea lagi bru post pape jelah kt blog nie…(^_^)

-Wassalam-

Today is....

DEMI MASA !!!

JUMLAH PELAWAT

Kata-Kata Mutiara

"WANITA yang ASLI ialah seorang wanita yang diibaratkan sebagai permata nilam yang sukar ditemui ketika ini,walau diselam ke dasar lautan,walau terbang ke pelosok awan,namun hasilnya akan memberikan gambaran bahawa nilai permata itu sukar ditemui.."

"Pemimpin tidak boleh dicetak, pemimpin tidak lahir di bilik kuliah, tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas kancah, muncul di tengah-tengah masalah, menonjol dalam kalangan rakan seangkatan lalu diterima dan didokong umat" -Muhammad Natsir-

Dunia ini ibarat pentas lakonan,
Manusialah sebagai pelakon dan pengarah utamanya,
Al-Quran dan As-Sunnah itulah skripnya,
Malaikat itulah jurugambarnya,
Islam itulah jalan ceritanya,
Kiamat adalah akhir kesudahan penggambarannya,
Padang Mahsyar tempat penganugerahnnya,
Rasulullah s.a.w adalah pelakon terbaiknya,
Allah s.w.t adalah jurinya,
Syurga atau nerakalah trofi-trofinya

~Ust. Akil Hayy~

Laman Informasi

MARSIS

REAL

REAL

Universiti Malaya

Pro Mahasiswa UM

Akademi Pengajian Melayu

Siapa Saya

Foto saya
Tawau, Sabah Negeri di Bawah Bayu
Penulis memulakan pengajian di SK St Patrick, Tawau. Kemudian menyambung pengajian di SMK Kuhara, Tawau dan seterusnya melanjutkan pengajian di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Penulis ialah mahasiswi dalam Jabatan Sosio Budaya dan Bahasa Melayu dan bercita-cita untuk menjadi seorang pejuang Islam yang tegar sekalipun penulis bukanlah dari latar belakang aliran agama.

jom sembang sat...


ShoutMix chat widget

Hidup Mahasiswa!!!

Hidup Mahasiswa!!!

pengikut