ANUGERAH YANG TAK TERNILAI HARGANYA…


Anak…

Anugerah Allah yang tidak ternilai harganya…mengapa??? Kerana anak merupakan amanah Allah kepada kedua ibu bapa. Bayangkanlah kehidupan sepasang suami isteri jika tiada anak? Pasti hambar bukan??? Kehadiran si anak merupakan hasil cinta suci kedua orang tuanya. Kehadirannya juga sangat dinantikan oleh orang tuanya dan juga penyeri rumahtangga.


Anak…

Penyambung zuriat kedua ibu bapanya. Anak juga merupakan permata hati, pengarang jantung ibu bapanya. yang pastinya, kelahiran setiap anak akan memberi kebahagiaan yang tak ternilai. Kehadirannya pasti ditunggu-tunggu oleh pasangan suami isteri.

Namun begitu…
Mengapa kini isu pembuangan bayi, kes dera anak, rogol, liwat makin menjadi2 dalam kalangan masyarakat?? Apakah mereka tidak lagi menyayangi anak pemberian Allah ini??? Tidak kasihankah mereka pada anak-anak yang tidak berdosa ini??? Mana perginya sifat penyayang dalam diri mereka???


Baru-baru ini, penulis membaca berita dalam akhbar Harian Metro, seorang kanak-kanak berumur tiga tahun telah didera, dirogol dan diliwat sehingga anak tersebut menemui ajalnya oleh teman lelaki ibunya. Sungguh penulis berasa simpati atas nasib kanak-kanak tersebut. Betapa kejamnya lelaki tersebut. Lagi-lagi ibu mangsa yang membiarkan anaknya didera lelaki tersebut…penulis tersangat hairan dengan ibu mangsa yang membiarkan perkara tersebut berlaku.
Biarpun penulis belum lagi bergelar seorang ibu [insyaAllah satu hari nanti (",)], tapi penulis dapat merasakan feel seorang ibu yang sangat kasihi anak-anak. Ini disebabkan kehidupan penulis yang sering dikelilingi adik-adik penulis yang masih kecil. Betapa sayangnya dengan anak-anak kecil tersebut.




Tapi, sayang sungguh..jikalaulah masyarakat sekarang ni pun masih mempunyai sifat penyayang seperti ini, sudah tentu kes pembuangan bayi, kes dera dan sebagainya tidak berlaku…

p/s: penulis bukan riak ye (^_^) juz buat contoh je..hehe

Tarian Poco-Poco

Tahukah Anda????
Beberapa minggu yang lalu penulis mendapat emel dari seorang sahabat berkenaan tarian poco-poco. Berikut merupakan maklumat yang penulis dapat tetapi telah penulis ubah sedikit ayatnya agar lebih mudah untuk difahami...
Tarian poco-poco yang sering ditarikan oleh pelbagai lapisan masyarakat terutamanya masyarakat kita yang kebanyakannya beragama Islam. Sebenarnya tarian ini berasal dari Filipina dan bukannya daripada Indonesia seperti yang diwar-warkan. Tarian ini ditarikan oleh masyarakat yang beragama Kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Mungkin kebanyakan dari kita tidak perasan bahawa pergerakan tarian tersebut sebenarnya berbentuk salib kerana kita suka mengikut-ikut sesuatu yg baru tanpa usul periksa.
Lihatlah sahabat-sahabat...
Inilah cara musuh-musuh Islam mengenakan kita dengan menggunakan cara halus. Sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yang telah difatwakan haram kerana menyerupai agama budhha. Cuma tarian poco-poco ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan.

Peringatan Buatmu yang Bergelar Muslimat...


Peringatan Buat Saudariku......

Saudariku.....

Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasai taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum bunga , harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu

namun......
tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang lantaran duri yang memagari dirinya umpama mawar, dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta kilauan warnanya yang memancar indah mengundang kekaguman terhadap sang kumbang tapi....awas duri yang melingkari bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya......

Saudariku.....

Aku suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahidah. Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah. Hiasilah wajah mu dengan titisan wudhuk. Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya. Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah. Umpama sebutir permata yang didedahkan buat perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup. Sudah pastinya keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah, wanita solehah yang taat dan patuh pada Al Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam...

Namun...

ianya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu lebih-lebih lagi title gadis yang kau miliki sudah pastinya darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada.

Namun ingatlah saudariku....
Sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah akan memudahkan baginya jalan-jalan ke arah itu, yang penting gadisku engkau mesti punyai azam, usaha dan istiqomah...

Saudariku.....
Akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki. Seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentingimu. Sesungguhnya nabi ada mengatakan tentang bahaya dirimu " Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca daripada wanita." Oleh itu saudariku setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan kepada Al Quran dan As Sunnah, jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu. Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam. Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bisa menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut tangan mu.....

Saudariku...

Dalam hidupmu pastinya ingin disayangi dan menyayangi, itulah fitrah semulajadi setiap insani namun ramai diantara kamu yang tewas kerana cinta. Bercinta itu tidak salah tapi memuja cinta itu yang salah, kerana cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah tergadai. Gejala murtad serta keruntuhan moral muda mudi sebahagian besarnya kerana sebuah cinta. Benarlah sabda Rasulullah SAW "Sesungguhnya cinta itu buta" cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang hak dan yang batil apabila kau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan tidak kerana Allah SWT. Sebelum kau mendekati cinta , cintailah dirimu terlebih dahulu, mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik, yang berasal daripada setitis air yang tak berharga lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah. Semoga di sana mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadapNya dan timbul rasa cinta dan kasih pada penciptamu...

Saudariku...

Mencintai Allah dan rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak dan terburai tapi apabila hatimu diserah kepada Allah sudah pasti ia akan bertaut kembali. Dalam seusia mu sibukkan lah dirimu dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal dan mampu membina sahsiah muslimahmu. Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan ilmu tidak mampu bertapak dalam hati orang yang melakukan maksiat. Buat akhirnya terimalah kata-kata seorang ahli sufi iaitu Rabiatul Adawiah sebagai renungan bersama : "Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagian yang abadi untuk seseorang insan , kerana ia tidak kekal , cintakan manusia seringkali membuatkan seorang itu gagal , kecewa ,menderita dan terseksa, oleh itu tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia sendiri."





"ANTARA TANDA KEBERKATAN SESEORANG WANITA ITU, IALAH CEPAT PERKAHWINANNYA, CEPAT PULA KEHAMILANNYA DAN RINGAN PULA MAHARNYA......"

Istimewa Sempena Exam...



CORETAN UNTUKMU...

TAHNIAH DI ATAS KEJAYAANMU…

Khas untuk kakakku NURHASHIELA BT ABDUL RAHMAN (KAK IELA)…


Ema ngan Kak Iela




Pada 12 OKTOBER 2009 iaitu bersamaan hari Isnin lalu kau telah pun bergelar sebagai GRADUAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH. Walaupun adindamu ini tidak dapat bersama-samamu berkongsi kebahagiaan serta hari yang sangat bersejarah bagimu ini kernaku kini berada dibumi perantauan lagi, namunku tetap tumpang gembira kerna kau telah berjaya mendapatkannya. InsyaAllah tahun depan, adikmu ini pula yang akan menyusul untuk merebut segulung ijazah sepertimu…

Tahniah juga kerna kau telah berjaya memberi kebahagiaan yang tak terhingga kepada Mama dan Papa. Tak sia-sia segala pengorbanan Mama n Papa terhadapmu. Segala penat lelah mereka telah terbalas dengan kejayaanmu ini. Adikmu ini juga ingin sepertimu…ingin melihat Mama n Papa tersenyum bahagia melihat kejayaan anak-anaknya. Doakan adik2mu, Yen, Akiem n Ema moga menjadi sepertimu ya…

Walau bagaimanapun, janganlah pulak engkau berasa puas hati dengan segulung ijazah itu mampu membalas segala pengorbanan Mama n Papa, tetapi mulakanlah tanggungjawabmu untuk menyara mereka pulak. Kalau boleh, sara juga adikmu ini..hehe…Apa yang penting, teruskanlah tanggungjawabmu untuk membahagiakan mereka….

Apa-apapun, akhir kata dari adikmu ini, ku doakan semoga engkau akan terus sukses dalam bidang pekerjaan tidak lama lagi. Ingatlah dunia pekerjaan tidak sama dengan dunia semasa bergelar mahasiswi…terlalu banyak dugaan dan cabaran yang perlu kau hadapi. Dan kuharap moga kau diberi kekuatan iman untuk menghadapi semua itu…

Tahniah kak…

Dari adikmu,
Nursharinni Abdul Rahman

SURAT UNTUK KEKASIH...

Kehadapan kekasihku yang kucintai dan kurindui…
Salam sayang dan kasih dariku…

Ku mohon keampunan daripadaMu kerana selalu sahaja mengabaikanMu. Bukanku sengaja melakukannya namun, kekangan demi kekangan menyebabkanku selalu sahaja mengabaikanMu. Betapa berdosanya diri ini kepadaMu…

Duhai Kekasihku,

Aku tahu bahawa kasihMu kepadaku takkan pernah hilang malah Engkau lebih menyayangiku daripada aku menyayangiMu. Kau selalu beri peringatan supaya selalu mengingatiMu, menyayangiMu, mencintaiMu, mentaatiMu malah jangan pernah meninggalkanMu walau sesaat. Namun, aku sebagai seorang manusia biasa, selalu sahaja mengingkari janji yang telah pernah kubuat khusus untukMu. Betapa zalimnya aku kepadaMu.

Duhai kekasihku,

Aku tahu, walau sejahat manapun aku kepadaMu, Kau tetap memaafkanku. Aku juga tahu, walau aku selalu melakukan sesuatu yang tidak Kau suka, Kau akan selalu memaafkanku…Maafkanlah diriku ini wahai Kekasihku. Bukan niatku untuk melakukan itu semua. Mungkin kecintaanku kepadaMu tidak cukup kuat sehingga sanggup mendahulukan perkara lain berbanding diriMu. Terkadang, aku menangisi segala yang telah aku lakukan kepadaMu namu, setelah itu, aku mengulangi lagi kesilapanku itu. Sungguh, bukan niatku untuk melakukan itu semua kepadaMu. Maafkanlah diriku ini…

Oleh yang demikian Wahai Kekasihku,

Aku mohon, Kau peliharalah diriku ini. Aku mohon Kau izinkanlah aku hidup dalam kecintaanku kepadaMu. Biarkanlah aku hanya kemaruk untuk mendapatkan cintaMu. Dan yang paling penting, janganlah Engkau sekali-kali meninggalkanku. TanpaMu, aku takkan boleh hidup dengan bahagia.

Wahai kekasihku, ampunkanlah diriku ini…

…DARIKU UNTUKMU…
~ PENGEMIS CINTA ILLAHI~

"MUHASABAH DIRI"


Kadang-kadang kita rasa kita dah buat yang terbaik dari orang lain sehinggakan kita merasakan “Akulah yang terhebat” sedangkan kita tak tahu bahawa ada orang yang lebih baik dari kita…

Kadang-kadang kita rasa kita nie buzy sgt mcm mengalahkan PM plak sedangkan kita tak tau org lain pun mcm kita gak malah mungkin lebih bz dr kita…

Kadang-kadang kita rasa kita nie sangat komited dgn kerja kita malah mungkin ter’over’ plak buat kerja, sedangkan kita xtau sebenarnya orang lain pun buat kerja gak..komited gak cuma kite je yg tak nampak…

Kadang-kadang kita rasa klu kita nie lebih tua dari orang lain malah lebih berpengalaman dari orang lain kitalah yang paling bagus sekali hingga tak perlu nak dengar pendapat yang lebih muda dari kita sedangkan kita tak tahu mungkin orang yang lebih muda dari kita tu lagi bagus dari kita…

Kadang-kadang kita rasa pendapat kita sangat bernas tapi kita tak tau sebenarnya pendapat orang lain lagi bernas dari kita…

Kadang-kadang kita rasa kita kita dah lebih bijak dari orang lain sedangkan kita tak tau rupa-rupanya ada lagi yang lebih bijak dari kita…

SEDARLAH WAHAI DIRI…

Setiap manusia itu mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Cuma kadang-kadang kita je yang tak nampak KELEBIHAN seseorang tu dan kita tak nampak KEKURANGAN diri kita..sebab itu kita perlu muhasabah diri kita…

Betulkah persepsi kita tentang orang lain tu??? Salahkah dia??? Betul kah kita??? Janganlah kita menilai seseorang berdasarkan apa yang sekadar kita lihat…seperti kata pepatah Inggeris “don’t judge the book by it’s cover”. Cubalah kita memahami seseorang sebelum kita menilai dirinya. Sebagai mana seorang hakim perlu mengkaji sedalam-dalamnya seseorang tertuduh sebelum memberi hukuman.

Koreksi balik diri kita apakah benar kita melakukan sesuatu itu dengan seikhlas hati kita? Jika benar kita ikhlas, rasanya mmg takkan ada masalah dalam melakukan sesuatu gerak kerja apatah lagi jika dalam melakukan gerak kerja Islam…jika kita IKHLASKAN DIRI KITA HANYA KERANA ALLAH, biarlah orang lain tak nampak apa yang kita buat janji Allah tahu apa yang kita buat, biarlah apa orang nak kata janji kita tau apa yang kita buat itu tak bertentangan dgn syariat, biarlah orang lain tak buat janji kita buat,dan yang paling PENTING tak perlulah kita MENGUNGKIT apa yang dah kita buat…selagi kita mampu buat..buatlah...
Kita tak perlukan pujian dari orang lain, kita tak perlukan sama ada orang tau atau tidak apa yang kita dah buat…JANJI ALLAH TAHU APA YANG KITA DAH BUAT

Oleh yang demikian, sahabat-sahabatku…
Ikhlaskanlah diri kita dalam melakukan sebarang gerak kerja. Jalankan amanah sebaik mungkin. Ingatlah Islam memang tak perlukan kita untuk menangkan ‘dia’ tapi kitalah yang memerlukan Islam dalam kehidupan kita. Sebab itulah, kita perlu rasakan bahawa sudah menjadi tanggungjawab kita untuk memperjuangkan ‘dia’ sehingga Islam benar-benar tertegak…

Wallahua’lam….

Jom Pakat Ramai2 P Program Lambaian Kaabah


MEMOIR SEORANG MUSAFIR…

Alhamdulillah, sempat lagi penulis meng’update’ blog ini. Sudah lama rasanya tidak menjenguk blog sendiri..hehe. Almaklumlah, cuti raya nie penulis pergi beraya di rumah sahabat di Kedah. Di kesempatan ini, penulis ingin berkongsi serba sedikit pengalaman penulis sebagai seorang musafir. Yelah…kampung kat Sabah, study kat bumi semenanjung..banyak mengajar penulis tentang erti sebenar kehidupan.

Memandangkan kampung halaman jauh merentasi Laut China Selatan, setiap kali cuti pendek penulis akan merantau ke kampung sahabat handai penulis. Setakat nie, penulis telah pergi ke Kelantan, Pahang, Terengganu, Kedah dan Perlis. Nie pun penulis baru sahaja beberapa hari balik dari Kedah beraya di rumah sahabat. Sedih memang sedih kerana terpaksa berjauhan dengan keluarga tercinta. First time plak tu beraya tanpa keluarga di sisi..huhu. Xpela, penulis menganggap semua ini sebagai satu pengalaman yang tak mungkin penulis lupakan. Yelah, bila lagi nak merasa beraya sebagai perantau…

Semasa beraya di Kedah, penulis mendapat banyak pengalaman yang berbeza dengan tempat asal penulis. Antaranya, makanan seperti ketupat palas (kat Sabah xda), 1st time tgk org buat lemang..hehe..yg paling best, dapat tgk sawah padi sbb kampung penulis xda sawah padi. Tenang je rasanya bila melihat keindahan semula jadi ciptaan Allah tu..Subhanallah!!! Lagi yg pengalaman yang best dpt jalan2 p beraya kat Perlis..hehe..barula penulis tahu, syok juga yer beraya kat tempat org nie…dapat tgk budaya mereka, berkenalan dgn jiran2 kampung, belajar dialek Kedah, merasa makanan mereka, dan yg paling menarik, suasana kehidupan di kampung.

Apa taknya, tempat asal penulis bukanlah kampung dalam erti kata sebenar…hehe..kampung dlm bandar. X syok sgt..lagipun, bila kat kampung sahabat 2, ikatan kejiranan antara jiran2 di kampung tersebut sgt kuat. Bila ade je kenduri kahwin, semua gotong-royong p “merewang”. Especially, orang-orang tua…

Bah, oklah..cukuplah setakat nie dulu. Klu nak cerita sebenarnya banyak lagi tp bimbang terlalu banyak plak. Apa-apapun, pengalaman penulis sebagai seorang Musafir di Aidilfitri telah banyak mengajar penulis untuk melalui liku-liku dalam kehidupan ini walaupun Air Mata Syawal masih berlinangan ketika Dendang Perantau kedengaran..huhu (gurau jak) J akhir kata, terima kasih pada keluarga sahabat yang banyak memberi (apa2 jak la). Kenangan bersama makcik, pakcik, kak Soleha, kak Nang, bg Zainol (suami kak Nang) dan yang paling dirindui, Mohammad Naufal Hakim (anak nakkan sahabat). Keletahmu akanku rindui..

p/s : kali nie xdok gambaq naa...(^-^)

Peduli Palestin

“WE WILL NOT GO DOWN”


A blinding flash of white light

Lit up the sky over Gaza tonight

People running for cover

Not knowing whether they’re dead or alive


They came with their tanks and their planes

With ravaging fiery flames

And nothing remains

Just a voice rising up in the smoky haze


We will not go down

In the night, without a fight

You can burn up our mosques and our homes and our schools

But our spirit will never die

We will not go down

In Gaza tonight

Women and children alike

Murdered and massacred night after night

While the so-called leaders of countries afar

Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain

And the bombs fell down like acid rain

But through the tears and the blood and the pain

You can still hear that voice through the smoky haze


We will not go down

In the night, without a fight

You can burn up our mosques and our homes and our schools

But our spirit will never die

We will not go down

In Gaza tonight

SIAPA KITA???

Alhamdulillah…selesai sudah satu amanah yang diberikan oleh penulis…amanah untuk menguruskan program Ihya’ Ramadhan dan Kemerdekaan di Akademi Pengajian Melayu pada malam semalam. Walaupun agak kepenatan, namun penulis berasa sangat puas. Penulis dapat rasakan nikmatnya apabila kita “memberi” daripada “menerima”.

SDR NIK SYAHIRUL APIZO BIN SAFIEN

Dalam program tersebut, telah diadakan satu slot ceramah yang disampaikan oleh Sdr Nik Syahirul Apizo B Safien yang mana penulis yang diberikan kepercayaan utk menguruskan slot tersebut. Penulis berasa sangat puas apabila rata2 para pendengar memberikan respon yg positif terhadap ceramah yang disampaikan oleh penceramah tersebut. Mmg rugi la sesiapa yang terlepas atau melepaskan peluang mendengarnya….


muslimin yg khusyuk mendengar ceramah


muslimat yang juga tgh syok mendengar ceramah


Antara pengisian yang diberikan, beliau memulakan bicara dengan para audience dengan soalan2 yang berkisar dengan remaja dan isu semasa. Beliau juga menerangkan bagaimana Nabi Yaakub menangisi dan meminta ampun segala dosa2 baginda kepada Allah kerana bimbang dosa2 yang masih ada akan diwarisi oleh keturunannya kelak. Dan realitinya, itulah yang berlaku pada masa ini. Ibu bapa yang telah melakukan dosa pada masa mudanya telah melahirkan anak2 yang hampir sama dengan perangai ibu bapanya. Inilah akibatnya jika manusia tidak sedar siapa dirinya, untuk apa dia dijadikan dan apa matlamat kehidupannya…dan yang lebih parah lagi, apabila manusia tidak bertuhankan ALLAH.

Akhir kalam dari penulis…
Sama-samalah kita memohon keampunan kepada Allah dengan penuh keinsafan dan didiklah diri menjadi seorang yang lebih baik dari sebelumnya agar generasi kita yang akan datang bakal menjadi seorang yang lebih baik dari kita…Amiin

Wallahua’alam

PENAWAR JIWA…..

KENAPA AKU DIUJI???

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan, “kami telah beriman…”, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui orang-orang yang dusta “. (Surah al-Ankabut :2-3)

KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN???

“Bolehkah kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”. (Surah al-Baqarah : 286)

RASA FRUST???

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati padahal orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman”. (Surah al-Imran : 139)

BAGAIMANA HARUS AKU HADAPINYA???

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan yang sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk “. ( Surah al-Baqarah : 45)

“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (diperbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.” (Surah al-Imran : 200)

APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI ???

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.” (Surah at-Taubah :11)

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ???
“Cukuplah allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal.” (Surah at-Taubah : 129)

Cinta Yang Hakiki...




CARING, SENTIMENTAL VALUE, SEHATI SEJIWA, ROMANTIC,BOMBASTIC, FANTASTIC…..SEMUANYA HANYA PLASTIK

Melibatkan diri dalam perhubungan erat yakni dunia percintaan yang lebih kea rah nilai-nilai di atas…semuanya hanyalah plastik atau tiada pengertian cinta hakiki sebenarnya. Cinta di atas lebih ke arah kepada rangsangan nafsu yang disalah erti kerana perhubungan persahabatan yang rapat dan terbuai oleh dodoian perasaan. Hal ini disebabkan hakikat percintaan yang dibenarkan dalam Islam ialah asas daya tarikan kepada kewarakan seseorang yang menjadi tarikan kepada cinta bersyariatkan Islam. Kebanyakan persahabatan yang lebih bermotifkan memikat sememangnya lebih ke arah sentimental value yakni lebih kepada pemberian hadiah tidak kira apa jua barangnya...jika tidak berminat masakan nak mengorbankan wang kepada seseorang...romantik pada dasarnya adalah bukan satu prinsip dalam Islam...bagaimanakah akan wujudnya hubungan romantik sekiranya mereka tidak berhubungan atas alasan kalau hanyalah melalui asas pendekatan Islam???

Cinta di dalam Islam sebenarnya tiada hubungan romantik atau caring atas alasan jika benar-benar pencinta yang memahami corak Islam lebih ke arah menulis peingatan-peringatan Allah yang senantiasa takutkan kemurkaan Allah di dalam konteks cara perhubungan walaupun mungkin tidak pernah berdating...malah orang yang bercinta di dalam bentuk syariat Islam takut untuk berhubungan secara menulis....kerana was-was dengan keupayaan menahan bentuk luahan hati yang akan menimbulkan zina hati. Malah orang yang benar-benar beriman takut untuk berhubungan melalui telefon atau kaedah bercakap yang penuh lemah lembut dalam bentuk hubungan lain seperti chat kerana baiasanya kekerapan hubungan percakapan lebih ke arah tidak tertapis dan bisa menggoda keimanan dengan rasa rindu dengan suara dan gurauan sehingga akhirnya membuat tautan rasa cinta asmara dana bermula kecuali bagi mereka yang benar-benar tidak ada masalah hati...itu pun boleh menjadi satu bentuk perhubungan awalan jika tidak disekat.

Semakin kerap berhubung akan menjadikan semakin rapat perhubungan dan akhirnya tanpa mengimbangkan kewarasan akal dan lebih mementingkan perasaan dan nafsu akhirnya menjerumus kepada kefahaman itulah cinta yang sebenarnya. Kerana atas dasar apa??? Rasa rindu yang amat sangat....sedangkan hakikat rindu yang sebenar ialah rindukan Allah....orang yang beriman dapat menangkis ketahanan rindu apabila asas cinta benar-benar berlandaskan iman. Bukankah di dalam Islam sendiri sudah menggaris pandu coorak meminang wanita....tetapi anak-anak muda dewasa ini lebih suka kepada bercinta dan mencari cinta....dan mencari masalah di dalam konteks perhubungan cinta dan akhirnya terjebak di dalam lautan cinta yang memabukkan.

Cinta berasaskan Islam ialah cintakan kebaikan, keimanan dan keutuhan pendirian kerana ia adalah asas kepada tiang pengukuhan imna di hari depan. Malah cinta di dalam Islam lebih ke arah rasa hormat, malu dengan kewarakan responden kerana itulah cinta hakiki yang tidak boleh di jual beli. Malah malu untuk berkata-kata di sebalik kata-kata yang tidak sepatutynya. Apabila individu itu benar-benar mencintai seseorang atas sifat-sifat di dalam diri respondennya....ia lebih ke arah sifat mengagumi untuk memilikinya tanpa syak dan was-was akan kebaikan, keimanan, dan keutuhan pendirian responden. Jika ia benar-benar memahami konteks iman dalam percintaan yang terbina di dalam dirinya, daya tarikan ke arah cabaran-cabaran cinta luaran dan murahan yang mendatang tidak bisa menembusinya. Maka, tidak ada dua, tiga ke atau empat sikap jatuh cinta dalam satu masa.

Malah masalah sama ada sayang ke..atau tidak sayang ke...tidak timbul. Hal ini disebabkan asas cinta sebenar ialah keupayaan untuk sama-sama menggembleng “tenaga” untuk meningkatkan iman andai kata terbinanya ikatan yang diakhiri ukhwah dalam percintaan iaitu ikatan rumah tangga.

Cinta berlandaskan Islam dan syariat lebih ke arah memupuk ukhwah islamiyyah di dalam pemantapan jasmani dan rohani.

Itulah cinta yang sebenar dalam Islam...bukan seperti sebahagian dari anak-anak muda yang tidak memahami konteks percintaan hakiki yang mana terlalu mudah jatuh cinta dengan hanya sekali pandang, dan juga dengan hanya tautan kata-kata.

Sememangnya tidak dinafikan kuasa cinta benar-benar dapat menguasai respondennya. Ada yang. Ada yang berubah sikap dengan rangsangan cinta...contohnya, ada yang semakin beriman, semakin baik dan semakin terdidik kerana nasihat dan peringatan oleh orang yang dicintainya. Tetapi adakah rangsangan itu akan terus berkekalan andai kata cinta berpaling arah atau putus di tengah jalan??? Inilah yang dibimbangi kerana rangsangan cinta murahan hanya satu kepura-puraan yang tidak berkekalan atas asas tujuan untuk memikat hati. Ada yang jadi baik...bercakap yang baik-baik di depan orang yang dicintainya...almaklumlah yang dicintai itu seorang yang beriman...tetapi bila bercakap dengan kawan-kawan lain mulalah merapu entah apa-apa kerana asas malu tiada. Sebab itulah di dalam konteks perhubungan cinta sesama Islam....jika ingin memulakan ikatan cinta itu, mestilah berasaskan cinta yang penuh didikan iman. Perhati muamalat responden agar tidak tersalah jatuh di dalam jerat percintaan yang tidak patut sebab ia lebih ke arah mengheret masalah baru. Mungkin juga akan menjatuhkan diri ke lembah kehinaan seperti yang terjadi dalam kes Nur Aisyah Bukhari....semuanya bermula dari kesilapan Nur Aisyah sendiri yakni tidak memerhati, memikir baik2 dan memutuskan apa yang dicintainya itu layak atau tidak untuk dicintai. Sungguhpun dikatakan Nur Aisyah sudah terdidik sebelum ini, tetapi iman yang sebenarnya ialah dari asas pendekatan dirinya sendiri. Ilmu yang dipelajarinya sekiranya tidak diamalkan akan menjadi perosak dalam dirinya maka itulah yang berlaku dalam diri Nur Aisyah.

Begitu juga dengan anak2 muda kita...bila mana seorang pemuda menyampaikan hasrat hatinya, jangan mudah terusik hati. Perhatikan agamanya, kebaikannya....dan segalanya sejak dia belum mengenali kita. Maksud sifat asalnya dan muamalat asalnya...kerana jika kita mudah membenarkan hati dilalui ...ia hanya akan membuka peluang kepada ke arah ketidak fahaman konsep cinta berlandaskan Islam. Uji mereka dulu dengan corak akhlak dan pergaulan yakni jangan membenarkan kita dirapati akan perasaan mereka...agar menimbulkan keraguan dan was2 yang kita tidak menerima cinta mereka. Ini tidak...anak2 gadis dan pemuda suka melayan dan melayan dan akhirnya terbuai kata2 asmara yang terbina sendiri dan menimbulkan kerosakan hati dalam hati2 mereka sendiri. Biarlah dikatakan diri kita ego...ego untuk kebaikan yakni menjaga diri untuk mengimbangi antara kewarasan akal dan iman yang akan menjadi benteng dan senjata melumpuhkan pihak lawan...benarkah begitu...??? sebab bagi perempuan mahupun lelaki yang beriman mempunyai sifat2 yang konkrit di dalam pendirian mahupun akhlak...bukankah akhlak yang cantik terbina dari didikan hati nurani iman yang cantik?!!!

Bagi yang memahami dan mengerti apa itu iman, dia tidak ragu2 untuk terus memiliki perempuan itu dengan jalan yang terbaik. Iaitu APA??? Tentulah sekali denngan meminang wanita ini...sebab wanita ini bukan calang2 imannya. Tentulah terfikir di hati mereka...”Akulah yang paling bertuah andai kata aku berupaya memiliki wanita yang paling payah untuk dikuasai, kerana apabila diberinya cintanya padaku...akulah orang yang paling bertuah dan terhormat di atas pemberiannya itu dengan cara yang diizinkan dan dihalalkan oleh Allah.” so...kata2 bidalan, “berkawan biar beribu bercinta biar satu”, tidak begitu tepat dalam konteks Islam dan patut ditambah kepada...”bercinta biarlah untuk teman di akhirat yang dihalalkan oleh Islam disebabkan faktor2 semua panahan cinta di atas adalah tidak tepat dan bercanggah dalam konteks perhubungan di dalam Islam. Sebab...ia hanya boleh menjatuhkan ke arah perhubungan dalam suasana fitnah.

Ahkir kalam, hanya Jauhari sahaja mengenal Manikamnya yakni hanya orang yang beriman akan menghargai dan mengagungi keimanan orang yang patut dicintainyakerana hanya orang yang baik2 sahaja yang inginkan sesuatu yang baik. Di situ sudah menampakkan penilaiannya....di mana jodoh yang baik adalah untuk orang yang baik. Dan begitulah sebaliknya. Kerana orang yang tidak baik tidak menyanggupi untuk hidup bersama dengan orang yang baik kecuali dalam dirinya itu mempunyai zat yang baik juga....

Wallahua’lam

Andai Kau Tahu


Wahai dikau,
renungkanlah engkau akan nasib diri...
Wahai kalbu,
sedarlah engkau akan gerak hati...
Wahai akal,
terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi...

Andai ini Ramadhan yang terakhir sekali...
Buatmu sekujur jasad yang bakal berlalu pergi...
Tatkala usia bernokhtah di penghujung kehidupan duniawi...
Pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Illahi...
Kematian...
adalah sesuatu yang pasti

Andai ini Ramadhan terakhir
Tentu siangnya engkau sibuk berzikir
Biarpun anak tekak kering kehausan air
Tentu engkau tak jemu melagukan syair
rindu mendayu...merayu
kepadaNya Tuhan yang satu

Andai ini Ramadhan terakhir
Tentu solatmu kau kerja di awal waktu
Solat yang dikerjai...
sungguh khusyuk lagi tawadhuk
Tubuh, minda dan kalbu...
bersatu memperhamba diri
Menghadap Rabbul Jalil...
menangisi kecurangan janji

Andai ini Ramadhan terakhir...
Tidak akan kau persiakan walau sesaat yang berlalu...
Setiap masa tidak akan dipersiakan
begitu sahaja...
Di setiap kesempatan juga masa terluang...
Alunan al_quran bakal kau dendang...
bakal kau syairkan...

Andai ini Ramadhan terakhir...
Tentu malammu engkau sibukkan dengan
berterawih...berqiamullail
bertahajud...mengadu...merintih
meminta belas kasihan...

Oleh itu duhai Illahi....
Kasihanilah daku hambaMu ini...
Semoga nikmat Ramadhan ini dapatku kecapi lagi...

Kematian Itu Pasti……

Semasa saya masih berada di Terengganu, yakni sehari sebelum Ramadhan menjelma, saya dikejutkan dengan pemergian Allahyarham Tuan Haji Hanapiah. Beliau merupakan bekas guru mengaji saya sewaktu kanak2 dulu. Pemergiannya secara tiba2, iaitu semasa beliau duduk minum kopi bersama temannya itu mengingatkan saya dengan pemergian Allahyarham Ust Asri Ibrahim dari kumpulan Rabbani dan juga pengarah terkenal, Yasmin Ahmad. Pemergian kedua2 bintang ini hampir serupa dengan pemergian Allahyarham Tuan Haji. Dari seorang yang sihat, segar bugar dengan tiba2 Allah menarik nyawa mereka tanpa ada petanda.

Benarlah bahawa Janji Allah itu pasti. “Setiap yg bernyawa pasti akan matii”. Tersedar saya dari kealpaan…kita hidup di dunia ini hanyalah sementara. Perkara yang hanya kita bawa untuk bekalan di sana hanya tiga, iaitu amalan, sedekah dan anak yang soleh.

Saya mula terfikir dan tersedar…adakah cukup amalan yang telah kita lakukan selama ini untuk membina kehidupan yang baik ketika di sana nanti??? Saya bimbang dan sangat takut jika amalan saya selama ini tidak cukup dan lebih parah lagi jika amalan saya tidak diterimaNya…Na’uzubillah…

Berfikir tentang keadaan masyarakat kita yang masih banyak hidup dalam kealpaan, saya semakin bimbang. Bayangkanlah ketika mereka seronok berhibur, terlompat sana terlompat sini ketika mendengar lagu, ketika sedang melakukan maksiat, berdating dengan kekasih hati sambil berpegangan tangan dan bermacam2 lagi…dengan tiba2 Allah menarik nyawa mereka tanpa sempat bertaubat. Pastinya seksaan akan menunggu mereka. Gerunnya hati ini jika memikirkan perkara tersebut…

*peringatan buat semua dan diri saya juga…

Ya Allah…tetapkanlah hati2 ini bersamaMU. Izinkanlah kami sentiasa istiqomah dalam melakukan segala suruhanMu dan meninggalkan segala laranganMu. Izinkanlah juga hidup dan mati kami sentiasa dalam nikmat iman dan Islam….Amiin

Kenangan Manis…

penulis bergambar kenangan di hadapan masjid kristal

Kenangan manis bersama teman2 semasa di Terengganu tidak mungkin dapat penulis lupakan dan kenangan itu pasti akan sentiasa penulis rindui. Apa tidaknya…banyak pengalaman baru yang penulis timba.


penulis bersama YB Ahmad Razif B Abdul Rahman

Antaranya, penulis bersama teman2 dari Terengganu, Selangor dan Jepun telah membuat kajian lapangan untuk tugasan kami dan kami sempat menemu ramah guru2 yang terdapat di sekolah SK Bonggol, Setiu, Terengganu. Selain itu, kami juga bertuah kerana dapat menemu ramah seorang YB di Terengganu berkenaan dengan tugasan kami. Penulis juga sangat teruja apabila ayah angkat membawa kami bersiar2 di sekitar Kuala Terengganu dan membawa kami menziarah Masjid Kristal, Pantai Batu Burok dan sebagainya. Penulis dan teman2 tidak lupa mengambil gambar sesama kami sebagai kenang-kenangan.

Ada lagi satu peristiwa yang sangat menarik bagi penulis, iaitu apabila penulis pertama kali menunggang motorsikal sekitar kawasan rumah teman tempat kami menumpang tidur. Sekalipun jalan di sekitar kawasan tersebut penuh dengan batu2 namun, penulis dapat meredahinya…Alhamdulillah (^_^)

Walau bagaimanapun, penulis secara peribadinya sangat bersyukur kerana Allah mengizinkan penulis dan teman2 merasai pengalaman baru di tempat orang. Lebih-lebih lagi apabila dapat bersahabat dengan sahabat yang berasal dari Jepun, Nao Ogawa. Semasa di rumah sahabat penulis yang memang berasal dari Terengganu itu, kami cuba mengenalkan Nao tentang Islam. Dan Alhamdulillah, Nao boleh terima segala yang kami terangkan kepadanya. Dia pernah cuba memakai tudung, baju kurung dan yang paling menarik apabila beliau juga telah mencuba untuk berpuasa.



Nao Ogawa


Pada masa yang sama juga, penulis dan teman2 yang lain juga belajar serba sedikit tentang bahasa Jepun..hehe.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan….yang pastinya penulis akan merindui kenangan semasa di sana. Penulis sangat berterima kasih kepada ayah, mek, bap dan ma. Dan yang paling penulis rindui, keletah Akil (anak saudara teman) yang sangat mencuit hati kami. SAK BISHI!!!!


akil amirul yang comel


Di bawa ini penulis sertakan serba sedikit perkataan dari Bahasa Jepun yang sempat kami pelajari dari beliau (“,) SELAMAT MENCUBA!!!

co oishi = sangat sedap

co kawaiyi = sangat comel
co hazakashi = sangat malu

watashinok nama e wak = nama saya ialah
oyasemi = selamat malam

konbanwa = selamat petang
aishiteru = saya sayang awak

sak bishi = saya rindu awak
arigato = terima kasih

do itashimashitek = sama-sama
nande = kenapa

Today is....

DEMI MASA !!!

JUMLAH PELAWAT

Kata-Kata Mutiara

"WANITA yang ASLI ialah seorang wanita yang diibaratkan sebagai permata nilam yang sukar ditemui ketika ini,walau diselam ke dasar lautan,walau terbang ke pelosok awan,namun hasilnya akan memberikan gambaran bahawa nilai permata itu sukar ditemui.."

"Pemimpin tidak boleh dicetak, pemimpin tidak lahir di bilik kuliah, tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas kancah, muncul di tengah-tengah masalah, menonjol dalam kalangan rakan seangkatan lalu diterima dan didokong umat" -Muhammad Natsir-

Dunia ini ibarat pentas lakonan,
Manusialah sebagai pelakon dan pengarah utamanya,
Al-Quran dan As-Sunnah itulah skripnya,
Malaikat itulah jurugambarnya,
Islam itulah jalan ceritanya,
Kiamat adalah akhir kesudahan penggambarannya,
Padang Mahsyar tempat penganugerahnnya,
Rasulullah s.a.w adalah pelakon terbaiknya,
Allah s.w.t adalah jurinya,
Syurga atau nerakalah trofi-trofinya

~Ust. Akil Hayy~

Laman Informasi

MARSIS

REAL

REAL

Universiti Malaya

Pro Mahasiswa UM

Akademi Pengajian Melayu

Siapa Saya

Foto saya
Tawau, Sabah Negeri di Bawah Bayu
Penulis memulakan pengajian di SK St Patrick, Tawau. Kemudian menyambung pengajian di SMK Kuhara, Tawau dan seterusnya melanjutkan pengajian di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Penulis ialah mahasiswi dalam Jabatan Sosio Budaya dan Bahasa Melayu dan bercita-cita untuk menjadi seorang pejuang Islam yang tegar sekalipun penulis bukanlah dari latar belakang aliran agama.

jom sembang sat...


ShoutMix chat widget

Hidup Mahasiswa!!!

Hidup Mahasiswa!!!

pengikut