Kenangan manis bersama teman2 semasa di Terengganu tidak mungkin dapat penulis lupakan dan kenangan itu pasti akan sentiasa penulis rindui. Apa tidaknya…banyak pengalaman baru yang penulis timba.
Antaranya, penulis bersama teman2 dari Terengganu, Selangor dan Jepun telah membuat kajian lapangan untuk tugasan kami dan kami sempat menemu ramah guru2 yang terdapat di sekolah SK Bonggol, Setiu, Terengganu. Selain itu, kami juga bertuah kerana dapat menemu ramah seorang YB di Terengganu berkenaan dengan tugasan kami. Penulis juga sangat teruja apabila ayah angkat membawa kami bersiar2 di sekitar Kuala Terengganu dan membawa kami menziarah Masjid Kristal, Pantai Batu Burok dan sebagainya. Penulis dan teman2 tidak lupa mengambil gambar sesama kami sebagai kenang-kenangan.
Ada lagi satu peristiwa yang sangat menarik bagi penulis, iaitu apabila penulis pertama kali menunggang motorsikal sekitar kawasan rumah teman tempat kami menumpang tidur. Sekalipun jalan di sekitar kawasan tersebut penuh dengan batu2 namun, penulis dapat meredahinya…Alhamdulillah (^_^)
Walau bagaimanapun, penulis secara peribadinya sangat bersyukur kerana Allah mengizinkan penulis dan teman2 merasai pengalaman baru di tempat orang. Lebih-lebih lagi apabila dapat bersahabat dengan sahabat yang berasal dari Jepun, Nao Ogawa. Semasa di rumah sahabat penulis yang memang berasal dari Terengganu itu, kami cuba mengenalkan Nao tentang Islam. Dan Alhamdulillah, Nao boleh terima segala yang kami terangkan kepadanya. Dia pernah cuba memakai tudung, baju kurung dan yang paling menarik apabila beliau juga telah mencuba untuk berpuasa.

Pada masa yang sama juga, penulis dan teman2 yang lain juga belajar serba sedikit tentang bahasa Jepun..hehe.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan….yang pastinya penulis akan merindui kenangan semasa di sana. Penulis sangat berterima kasih kepada ayah, mek, bap dan ma. Dan yang paling penulis rindui, keletah Akil (anak saudara teman) yang sangat mencuit hati kami. SAK BISHI!!!!
akil amirul yang comelHari berganti hari, bulan berganti bulan….yang pastinya penulis akan merindui kenangan semasa di sana. Penulis sangat berterima kasih kepada ayah, mek, bap dan ma. Dan yang paling penulis rindui, keletah Akil (anak saudara teman) yang sangat mencuit hati kami. SAK BISHI!!!!
Di bawa ini penulis sertakan serba sedikit perkataan dari Bahasa Jepun yang sempat kami pelajari dari beliau (“,) SELAMAT MENCUBA!!!
co oishi = sangat sedap
co kawaiyi = sangat comel
co hazakashi = sangat malu
watashinok nama e wak = nama saya ialah
oyasemi = selamat malam
konbanwa = selamat petang
aishiteru = saya sayang awak
sak bishi = saya rindu awak
arigato = terima kasih
do itashimashitek = sama-sama
nande = kenapa
0 ulasan:
Catat Ulasan