Semasa saya masih berada di Terengganu, yakni sehari sebelum Ramadhan menjelma, saya dikejutkan dengan pemergian Allahyarham Tuan Haji Hanapiah. Beliau merupakan bekas guru mengaji saya sewaktu kanak2 dulu. Pemergiannya secara tiba2, iaitu semasa beliau duduk minum kopi bersama temannya itu mengingatkan saya dengan pemergian Allahyarham Ust Asri Ibrahim dari kumpulan Rabbani dan juga pengarah terkenal, Yasmin Ahmad. Pemergian kedua2 bintang ini hampir serupa dengan pemergian Allahyarham Tuan Haji. Dari seorang yang sihat, segar bugar dengan tiba2 Allah menarik nyawa mereka tanpa ada petanda.
Benarlah bahawa Janji Allah itu pasti. “Setiap yg bernyawa pasti akan matii”. Tersedar saya dari kealpaan…kita hidup di dunia ini hanyalah sementara. Perkara yang hanya kita bawa untuk bekalan di sana hanya tiga, iaitu amalan, sedekah dan anak yang soleh.
Saya mula terfikir dan tersedar…adakah cukup amalan yang telah kita lakukan selama ini untuk membina kehidupan yang baik ketika di sana nanti??? Saya bimbang dan sangat takut jika amalan saya selama ini tidak cukup dan lebih parah lagi jika amalan saya tidak diterimaNya…Na’uzubillah…
Berfikir tentang keadaan masyarakat kita yang masih banyak hidup dalam kealpaan, saya semakin bimbang. Bayangkanlah ketika mereka seronok berhibur, terlompat sana terlompat sini ketika mendengar lagu, ketika sedang melakukan maksiat, berdating dengan kekasih hati sambil berpegangan tangan dan bermacam2 lagi…dengan tiba2 Allah menarik nyawa mereka tanpa sempat bertaubat. Pastinya seksaan akan menunggu mereka. Gerunnya hati ini jika memikirkan perkara tersebut…
*peringatan buat semua dan diri saya juga…
Ya Allah…tetapkanlah hati2 ini bersamaMU. Izinkanlah kami sentiasa istiqomah dalam melakukan segala suruhanMu dan meninggalkan segala laranganMu. Izinkanlah juga hidup dan mati kami sentiasa dalam nikmat iman dan Islam….Amiin
Western Pennsylvania Anglers
9 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan